Setelah sekian lama (agak lama juga la rasanya) umtuk tidak kemaskini siaran dalam blog ni.Sedangkan hujan emas di negara orang,kita leka hujan permata yang ada di negara kita.Aku tidak lah terlalu menumpukan keseluruhan tempat-tempat menarik yang ada di negara kita,ini kerana aku sendiri tidak pernah terlalu menjelajah tempat-tempat menarik di belah semenanjung malaysia,jadi,aku hanya fokuskan tempat menarik yang ada di sabah setakat yang aku pernah lalui.Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada pembaca di luar sana.
Assalamu'alaikum dan salam sejahtera..hai..semoga kalian dalam keadaan baik-baik sahaja di mana pun anda berada.Jika anda ingin melancong di sabah khususnya ke pulau-pulau di semporna anda boleh bertanya DISINI ! atau anda mungkin sebarang pertanyaan mengenai siaran ini.
SIARAN DALAM BLOG INI HANYALAH PANDANGAN ATAU PENDAPAT PENULIS SENDIRI BERDASARKAN PENGALAMAN YANG TELAH DI LALUI,SEGALA ISI SIARAN JIKA ADA BERSANGKUT PAUT DENGAN MANA-MANA PIHAK HANYALAH KEBETULAN SAHAJA.
Sabah ! Apa yang anda ketahui pasal Sabah?? Jalan raya bagai atas bulan?? Atau keindahan ia?? Apa yang terlintas di benak ada bila orang sebut Sabah? Sudah tentu,orang akan kata Gunung Kinabalu,pulau Bohey Dulang,Mabul,Sipadan..kan?? haaaa....di sini penulis ingin kongsi satu tempat lain yang menarik yang mungkin anda akan kunjungi kelak.
Lazimnya,jika pelancong datang ke sabah dan memilih destinasi ke kundasang,dalam itinerary mereka akan ada terselit daerah Ranau,atau lagi mudah kalau penulis nyatakan Tagal Luanti,atau Ladang Teh Sabah,dan mungkin juga ada Pooring atau kolam air panas.Ya,ada kolam air panas dan ia terletak di daerah Ranau.
Bagi yang berkeluarga mungkin kurang gemar aktiviti lasak,dan mungkin siaran ni untuk yang sukakan aktiviti lasak.Manakan tidak,selain mata air panas yang ada disini,Air Terjun Langanan merupakan salah satu tarikan juga sebenarnya,untuk rekod (mungkin) ia merupakan air terjun tertinggi yang ada di Sabah.Dan sudah tentulah ia bukan mudah untuk melihat ketinggian ia dengan mata kita sendiri.Jarak yang harus di tempuhi sejauh 3.9km untuk pergi dan balik pun sudah tentulah ikut laluan yang sama kan?? menjadikan ia jarak pergi balik sejauh 7.8km...hehehe... Sepanjang laluan ini,memang teduh juga sebenarnya dengan rimbunan pokok-pokok yang ada sepanjang laluan tu,selain kita akan melalui dua batang sungai yang tidak besar dan sebuah air terjun pada km 1.5 yang pertama,untuk yang berkeluarga kawasan ni pun sesuai.Juga sepanjang laluan ni kita akan lalui pokok tropika tertinggi,taman rama-rama dan gua kelawar.maaf la,aku tak ambil pula gambar-gambar di sini,jangan risau ,ia tidak jauh berbanding ke air terjun utama,hanya mungkin tidak sampai 1km pun.
Laluan susah? usah di pikirin dong..hikers itu harus mentalnya kental!! Ini semua mental dan perlukan sedikit kudrat.Untuk mencapai kejayaan itu bukan mudah.Tetapi...ia memang mencanak naik,tiada yang mendatar,semua menaik.Lapar?? minta izin dahulu atau setidak-tidaknya baca bismillah dahulu,ada nampak pokok buah rambai?? makan ja..heheheh.. Disepanjang laluan,akan ada penanda jarak,makin besar angka ia..makin lah anda hampir sampai ke destinasi.Untuk aku?? serius...rasa macam mahu patah balik keluar sebab mental aku lemah..apa tidak nya,dalam tempoh 2 minggu berturut,aku jelajah and gagahi langkah ini untuk capai 7 buah air terjun yang mana aku sempat,dan sudah tentu aku merancang bermalam di lokasi yang terpilih dan pacak khemah.Yang ni di penulis akan kemas kini di siaran akan datang. Lebih kurang begitu lah,insya'Allah di lain siaran penulis akan kemaskini lagi. Jika anda berhajat untuk melancong ke pulau-pulau di semporna sabah anda boleh KLIK DI SINI !! Segala kekurangn dalam siaran ini mohon di maafkan dan ia hanya lah sekadar perkongsian penulis semata. JANGAN MENGHAKIMI SESEORANG HANYA KERANA MASA LALUNYA YANG TIDAK BAIK,SETIAP ORANG PERNAH MELAKUKAN KESALAHAN TERMASUK DIRI KITA SENDIRI YANG TIDAK SELALU BETUL. Hebahkan jika ia memberi manfaat dan tegur lah aku jika ada kekurangan agar aku boleh menjadi orang yang lebih baik di masa hadapan,sampai bertemu lagi.. ASSALAMU'ALAIKUM... |
Ulasan
Catat Ulasan