SELAMAT DATANG KE SEMPORNA

Apa yang anda fikirkan tentang semporna,selain dari kepulauan ia..??

Umum sudah sedia maklum akan semporna ini hanya sebuah pekan kecil yang terletak di sebelah tenggara negeri sabah.Pada asalnya ia diberi nama TONG TALUN.Pean ini merupakan yang terakhir di sebelah tenggara negeri sabah,jadi,tidak hairan lah ia dahulu di beri nama sebagai TONG TALUN yang membawa maksud (tong talun dalam bahasa tempatan) di hujung hutan,sebab dahulu ia memang hutan..hehehehe.
Di awal tahun 80-an,semporna memang sudah tekenal dengan pulau-pulau ia,namun,yang menjadi sebutan hanya lah pulau mabul dan juga sipadan.Hanya selepas penutupan kilang penternakan tiram  mutiara di pulau bohey dulang sekitar tahun awal 20-an,baharulah semporna lebih di kenali,maksud saya disini..lebihhhhhhhh...di kenali.Sebab itu,jika anda berkunjung ke BOHEY DULANG,anda akan perasan rumah-rumah tinggalan dekat sini yang telah pun di ubah suai menjadi pejabat seliaan taman-taman marin dan juga penempatan pos kawalan polis marin.
Semporna terletak lebih kurang 1 jam 30 minit perjalanan dari lapangan terbang tawau,yang mana  itu lah lapangan terbang yang paling hampir ke semporna.Anda boleh cuba berhubung dengan che'mat


Sepanjang perjalanan ke semporna dari lapangan terbang ni,mata dan pandangan anda akan di sajikan dengan warna kehijaun.mana tak nya..sepanjang jalan hanya pokok-pokok kelapa sawit kiri dan kanan kawasanb ni,sesekali akan melalui pekan kecil yang berhampiran,contoh macam pekan balung,pekan check point,dan apabila anda ternampak seperti dalam gambar dekat atas tu..maka..anda sudah hampir dengan pulau-pulau ia yang cantik...


haaa..nampak tak warna hijau tu?? itulah kelapa sawit..kot-kot lah ada yang tidak tahu bagaiman rupa pokok kelapa sawit tu ea.

Jadi..memandangkan semporna ini adalah sebuah pekan kecil..jangan terkejut pulak..jalan sangat sesak.Mana tidaknya,pelancong tu satu hal,kete tu satu hal,penduduk ia pun satu hal..Bahasa mudah..semporna patut di transformasikan menjadi sebuah bandar.




bai..siri satu....nanrti saMBUNG LAGI

Ulasan