Jika kita ingin bercuti kemana-mana destinasi yang di hajati,tentulah..perancangan yang rapi akan di buat.Dari aspek kos,dh tentulah yang dititik beratkan,selain destinasi yang menjadi pilihan di hati kita itu sendiri.
Kos..masa..cuaca..yang menjadi perkiraan dalam percutian.Saya tidak menumpukan penulisan saya pada kali ini,sebab..kos itu lain kali boleh buat kira-kira..hahaha..kejam x...tidak ba kan...😁
Menyebut soal cuaca tadi..
Oh ya..sebelum lupa..siaran kali ini saya tidak sertakan koleksi gambar..sebabnya..nfun yang saya biasa gunakan hntr g servis dkt huawei centre..saya x mahu reboot atau apa shaja lah..psl..x mahu fail dlm tu hilang..soo..pandai-pandai la huawei centre tu nanti (ganti screen sahaja ba)
Ok..balik topik asal..
Cuaca..
Begitulah juga dengan destinasi pelancongan di daerah semporna,yang tidak akan terlepas dari cuaca tropika..opkos la gais..dalam malaysia kot..ada pulak org yang x tahu..siap tanya lagi..
"Sabah tu negara ke??"
"Semporna tu kena pakai pasport ke??"
"Sabah tu di negara apa.."
😓 Please la..kamon gais...
Spm saya cukup-cukup makan sahaja..tapi..sejarah saya masi boleh guna untuk lawan lagi ni..hahaha..
Abaikan.
Seperti destinasi pelancongan yang lain d malaysia..
Ok.
Beza sedikit dengan destinasi pelancongan di sebelah pantai timur semenanjung malaysia..yang mana pada musim tengkujuh mereka akan tutup..
Di semporna..tidakkkk..
Cuaca bukanlah penghalang untuk anda bercuti gaissss...
Cumaa....
Haaaaa...ni nak bg tahu ni..sebab ramai yang bertanya pasal cuaca dan air laut..atau ombak dekat sini..
BOHEY DULANG...
Yessss...utk pulau bohey dulang ni..memang antara yang paling popular di kalangan pelancong..terutama pelancong tempatan dan dari tanah besar china sna..
Yang malangnya (boleh ke guna ayat tu 🤔)..pelancong tidak di benarkan naik..
"Alaaaa..che mat..mcm mna ni...spoil betul la.."
itu salah satu keluhan yang saya kadang terima dari pelancong..
Dan..mohon maaf..ia di luar kuasa saya untuk menidak atau mengiyakan aktiviti naik ke puncak Bohey Dulang tu.
Biasanya..keadaan ini berlaku apabila berlaku hujan yang berterusan sehari sebelum trip masuk ke pulau-pulau ni.atau,kalau tidak hujan pun hari semalam..jika hujan pada hari tersebut..yang mana masa nak g bohey dulang tu lah..
Gais...kuasa yang maha esa..jagn di perikaikan beb..kena bersyukur..
So..apa yang berlaku jika tidak dapat naik ke puncak tu??
Sebenarnya..tarikan di bohey dulang ni..adalah pemandangan dari puncak ia..view memang ohsem beb..tp..itu yang di canang dan yang biasa di ketahui oleh umum lah...kan..hinggalah yang lain kita terlepas pandang tarikan lain yang ada di bohey dulang ni..
Mungkin ada yang perasan..atau mungkin juga ada yang tidak tahu..selain puncak yang biasa orang tu ketahui..ada di sisi lain pulau ni yang boleh di naiki..cuma..mungkin view ia tidaklah seperti major kpd tarikan bohey dulang ni..namun..panorama ia tidak kurang menariknya.dengan rumput/lalang yang kehijauan..sesuai kalau anda kaki selfie..hahaha.
Ya...yang lain..orang datang bohey dulang ni..itu sahaja..tapi..mereka tak layan pun hidupan marin yang lain di sini..adoii...rugi siakkkk..
Adehh...sy nak buat link td...tp x jadi😁..saya tak habis karang lagi utk tajuk entri yang akan datang..dah tentulah..mengenai sisi bohey dulang yang tidak di dendangkan.
Apabila semua itu berlaku..(x dpt naik la tu)..jadual perjalanan masih tetap di teruskan kpd pulau-pulau yang lain..
Harus di ingat..semporna ada banyak kepulauan..jadi..untuk nak kata ombak gadang tu ada..itu..semua kuasa yg maha esa..cumanya..yakinlah..percutian anda di semporna..selamat..
Selamat..
Definasi selamat..
Apa ya..🤔
Hahaha..
Okay2..mcm ni..
Umum mengetahui..sabah..punyai kawasan keselamatan pantai timur..atau..lebih di kenali.
Dengan ESSCOM..apa kepanjangan ia..malas mahu gugel..cari sendri🤣🤣..
Maksud saya di sini..
Berilah kepercayaan dan keyakinan kepada pihak berkuasa/keselamatan kita..khas nya pantai timur sabah ni.Jika kita tiada kepercayaan/keyakinan kepada mereka..maka..minda kita akan tertumpu perkara negatif sahaja mengenai keselamatan..dan itu akan menjadikan kita tidak jadi untuk melancong..terutama di semporna..maka..kondem la industri ini..
Kan..kan..kan..??
Hehe..baiklah..itu serba sedikit perihal yang menjadi tanda tanya kepada pelancong secara amnya..jika ada yang nak tambah atau ada sebarang pertanyaan..boleh komen di bawah..atau boleh sahaja menghubungi MR.D.
BANTU SAYA UNTUK HEBAHAN JIKA IA BERMANFAAT..TEGUR SAYA JIKA ADA KEKURANGAN..
bersua lagi dalam siaran akan datang..
😉
Assalamu'alaikum..
#segala tulisan..pendapat..penerangan adalah melalui pengalaman..tidak merujuk kpd mana-mana pihak..jika ada perlanggaran maklumat..ia hanya kebetulan sahaja..
Mr.december/712
Ulasan
Catat Ulasan