MABUL PAKEJ 3 HARI 2 MALAM (ITINERARY)

Dalam menyelusuri kehidupan seharian.. Selain mencari keberkatan hidup di dunia dan d akhirat..kita juga sering berkira-kira atau kadang-kadang kita mengelamun sejenak,terutama bg seorang lelaki.. Apatah lagi jika bergelar seorang ayah.. Bapa..abi.. Atau apa sahaja gelaran ia,kita memikirkan banyak perkara,termasuklah fikiran atau hajat untuk membuatkan keluarga kita rasa gembira.Banyak perkara yang kita fikirkan yang boleh di gunakan untuk mencapai tujuan itu.Melancong..salah satu yang mungkin trlintas di fikiran kita.Tapi,jika golongan-golongan seperti kita ini,banyak lagi perkara atau keperluan lain yang harus di ambil kira.Saya tidak menyatakan yang kita ini tidak mampu.. Kita semua mampu,cuma..bagaimana kita hendak menguruskan kewangan.

Menabung, atau mungkin menghabiskan duit gaji untuk sebulan itu di gunakan semata-mata untuk melihat si kecil kita merasa gembira.

.                                                                       Gambar hanya sekadar hiasan

Di semporna (sy fokus kan untuk semporna), rasanya mungkin sma sahaja dgn pusat-pusat pelancongan yang lain,pakej ada banyak tersedia yang mungkin boleh dijadikan atau membuat pilihan.Anda boleh cuba hubungi Mr.D. Mungkin anda ingin bertanya-tanya tentang pilihan yang ada sesuai dengan bajet semasa atau 'peruntukan' yg kita ada.. 
                                   ☺️

Baik.. 
Saya bercerita topik pakej 3 hari dan 2 malam,sesuai dgn tajuk untuk siaran kali ini la kan.. 🤣🤣

Selain hentian atau lawatan pulau balik hari (day trip),pakej yang banyak mendapat sambutan adalah 3 hari dan 2 malam,dan ini biasanya pelancong yang datang luar dr semporna,atau luar dr negeri sabah.Untuk yang 2 hari 1 malam biasanya daerah yang berdekatan atau dalam negeri sabah.Bukanlah tiada yang buat 2 hari 1 malam utk yang datang dari jauh.. Tidakkkkk... Cuma...,untuk siaran kali ini sy fokuskan kepada 3 hari dan 2 malam.

Lazimnya.. Kita akan bertanya atau dengan kebenaran kita akan meminta mereka screen shot atau apa sahaja lah gelaran ia😁,tiket atau perincian masa dan tarikh penerbangan mereka.Tujuan ia bg memudahkan kita mencari 'jalan' atau itinerary sesuai dengan masa ketibaan dan masa perlepasan mereka dekat lapangan terbang.Kita tidak mahu ada kekeliruan sekaligus tidak menjejaskan rancangan percutian mereka.Sebabnya,kadang-kadang ada pelancong yang membuat tempahan utk 3 hari 2 malam tetapi punyai masa penerbangan yang agak singkat untuk di sesuaikan dalam jadual perjalanan brcuti.. Dekat situ,kita boleh lihat sama ada kita boleh 'cut cost' atau kita buat penambahan rancangan perjalanan.Ia tertakluk pada keadaan semasa.Untuk sy??
Hehe.. Untuk penambahan aktiviti,biasanya kita akan cadangkan kpd pelancong tersebut sebelum membuat perkiraan kos yang di keluarkan.Emmm... Macam mana ya... Ha! Saya ada bbrapa pepatah yang sy pegang.. 

SELAGI IA TIDAK MENJEJASKAN KOS ASAL SAYA DALAM PERKHIDMATAN YANG SAYA BERIKAN,SAYA TIADA MASALAH UNTUK TAMBAHKAN AKTIVITI DALAM JADUAL PERJALANAN

BIAR 'UNTUNG' KURANG SEDIKIT, ASAL IA MEMBERI MANAFAAT DALAM BENTUK 'MARKETING' SAYA.

kenapa saya katakan beri manafaat marketing.

Pertama,saya ni tidaklah celik sgt pasal IT, dengan perkhidmatan tambahan yang sya beri, saya rasai kepuasan (jujur ni😅) ..saya percaya,rakyat malaysia bukan hanya seorang,drpd pelancong-pelancong yang pernah guna khidmat saya,mereka akan bercerita pengalaman mereka semasa berada di semporna. Baik atau buruk...Ini secara tidak langsung,'marketing' sy berjalan.. 🤣🤣 

JIKA ANDA RASA KHIDMAT SAYA MEMBERI KEPUASAN KPD DIRI ANDA.. BANTU SAYA.. SEBARKAN KELEBIHAN SAYA.. JIKA ADA KEKURANGAN,TEGUR UNTUK SAYA PERBAIKI DI MASA HADAPAN. 

Ngam ka begitu penggunaan ayat tu😂😂.

Baik.. 
Usai sahaja urusan tiket td.. Dah tau masa dan tarikh mereka,kita akan plain kan.. Jika tiada apa-apa perubahan yang terlalu besar 'ruang' dekat situ..kita akan teruskan..

Hari pertama,
Ketibaan di lapangan terbang.. 
Kita akan jemput.. 
Dan biasanya.. Hari pertama ni,dah tidak boleh masuk pulau.. Yela.. Mana ada nak masuk g pulau tu sebelah petang.Bukan tidak boleh..boleh..soalnya..berapa kerat je pown yang korang akan dapat.Selain masa dan duit korang terbazir macam tu sahja.Jadi.. Lepas hantar mereka ni dekat penginapan.. Kita akan bawa mereka jalan-jalan area semporna ni.Ambil mood org bilang 🤣🤣.

Hari kedua,
Kita akan jemput dari penginapan untuk bawa mereka ke jetty pelancongan.Usai sahaja pemeriksaan dokumen dan keselamatan,kita akan bawa dan hantar pelancong itu ke resort yang mana kita sudah pun senaraikan dalam pakej yang dia ambil,check in.. Letak barang.
Kemudian.. Kita akan bawa pelancong tu masuk ke pulau-pulau sesuai pada 'akad' jual beli td lah.. Contohnya.. Ke Bohey dulang.

.                                         Salah satu penginapan yang termasuk dalam pakej 3 hari dan 2 malam. 

Begitu lah pada hari berikut nya.Cuma.kita akan pindahkan pelancong tu ke penginapan yang lain (sesuai pada akad nikah pakej).Aktiviti ia sama,cuma destinasi pulau tu dah lain lah.Contoh nya dia ada ambil masuk ke mataking.Apa pun, ia tetap bergantung pada pilihan pelancong itu sendiri,atau anda boleh bertanya pada MR.D.

Dah habis dah dr semua itu.. Tak balik tanah besar lagi.. 🤣
Rentas laut menuju ke pulau mabul

                                                                          Anak-anak pun suka kan..


Sampai sahaja di mabul.. Pelancong kita akan bawa dan tempatkan di resort yang terpilih..sesuai pada pakej yang asal.


Pulau mabul.. Agak berbeza dgn pulau2 yang lain,dari segi akses dan kemudahan.Maksudnya di sini.. Mabul punyai kawasan luas.. Ada perkampungan sebelah dalam tu.secara tidak langsung,pelancong tidak susah nak cari makanan ringan atau restoran atau nak cari brg sbg cenderahati..dekat pulau mabul ni ok la.... Tak la susah mana pun klu korang di Tinggalkan sorang2 dekat sini😂😂.. 



Berbalik kepada sebelah malam nya.. Pabila di mabul.. Biasanya.. Kita akan selitkan aktiviti BBQ dekat sini..haaa..semestinya.. Yang ini tiada kena apa-apa tambahan bayaran.. Yang ni kita sendri yang sediakan kepada pelancong tu sebagai aktiviti tambahan.Iyalah..hati pelancong kena jaga..kena ambil hati mereka..tanpa mereka..xadalah rezeki saya masuk dalam bidang ni.. Hehehe.. Cepat2..!!! Hubungi MR.D..

                        yang ni.. Saya pergi mancing.. Haha.. Saya bawa pelancong tu sekali (laki dia).. Sy pelawa dia ikut. 


Okay... 
Dah habis aktiviti malam tu.. Tidur... 😴
Bai.. 



Bangun pagi... Hehe.. Selesai sarapan.. 
Kita akan bawa pelancong itu kapalai..
Dekat sini.. Macam biasalah.. Sma sahaja denga  yang lain kalau tak diving.. Kita snorkelinggggggggg.... Cingggggg.. 
Selesai dari kapalai (ni semua pada hari yang sama)

Kita akan bawa semula ke mabul.Di mabul.. Kita akan bawa snorkeling lagi dekat sini.. Dah alang-alang basah tadi kan..
Mabul ada beberapa tempat yang boleh kita snorkeling.. Antara yang popular adalah.. 
Water bungalow 
Paradise 1
Paradise 2
Panglima reef
Lobster wall
Eel garden
Korang hanya tgl nak pilih yang mana.. 

Lebih kurang tengah hari.. Dah siap makan.. Kita akan bawa lagi masuk ke water bungalow.. Td kita dah mandi dekat air ia.. Sekarang.. Lawat tempat ia pulakkkk... Cantik..itu yang mampu sy gambarkan.. 😉
Akhirnya.. Check outtt... 

Okaylah... 
Itu serba sedikit cerita perjalanan 3 hari dan 2 malam ni.. Panjang sgt kalau mahu cerita perjalanan ia tu.. Takut boring korang baca.. Yg ntah sekerat ni pun.. Korang dah ngantok.. Hahaha..


Ringkasan ia macam ni.. 

Day 1..upon arrive at airport.. 
1800 - jemput dekat airport
1900 - hantar ke semporna
2030 - daftar masuk penginapan
2100 - makan malam (seafood)
2200 - free n easy

Day 2
0900 - dr jetty hantar ke penginapan (resort)
0930 - daftar masuk penginapan
1000 - island hopping
          - bohey dulang
          - mantabuan
          - sibuan
1600 - hantar semula ke resort
          - aktiviti sndri (bawah seliaan resort)

Day 3
0900 - after breakfast/check out
1000 - jemput dr resort
          - island hopping
          - mataking besar/kecil
          - Timba-timba
          - pom-pom
1600 - dr mataking hantar terus ke mabul
1700 - check in mabul resort
1900 - dinner
2000 - BBQ
2100 - mabul 🚶 night
2300 - free n easy😴


Day 4
0730 - after breakfast
0800 - hantar ke kapalai
          - snorkeling House reef
1000 - hantar ke mabul
          - snorkeling
1200 - check out
          - jalan masuk ke water bungalow
          - lawat perkampungan
1400 - hantar ke tabalanos (pulau)
          - snorkeling/amik ganbar
1600 - hantar ke tanah besar
1700 - hantar ke Airport
1800 - bersurai.

P/s..
MAKAN DAN MINUM 
PERMIT
KELENGKAPAN BERENANG 
PENGINAPAN 
PENGANGKUTAN 
SMUA TELAH DI SEDIA ATAU TERMASUK DALAM PAKEJ.. HANYA DUIT POKET SHAJA YANG TIDAK TERMSUK LAGI.. HEHE.. 


segala pertanyaan.. Tanya MR.D



Ulasan