Sedar tidak sedar..usia semakin lanjut..
Angin menderu..menyapa pipi dan menguraikan rambut yang sememangnya hanyalah pada paras kening sahaja.Angin menderu membuatkan tubuh yang tidak di baluti seurat benang pun,hanyalah seluar pendek hitam paras lutut,yang kini menampakkan paha dek kerana duduk atas kerusi malas.Sedikit kesejukan,namun ia tidak menghalang untuk meneruskan coretan ini.
Cuaca kelihatan sedikit cerah..dek kerana cahaya yang suram dari tempiasan bintang yang bertaburan di langit nun di atas..
Siapa aku....
Aku tidaklah di lahirkan dari keluarga yang mewah,kaya,senang.Aku juga seperti orang lain di luar sana,di besarkan dalam keluarga yang sederhana.Agak keterlaluan jika aku menyatakan yang aku dari keluarga yang susah.Pada aku..susah itu membawa definasi kepada orang yang malas.Syukur alhamdulillah,aku di besarkan dengan cukup baik oleh kedua orang tua ku..Semoga pintu syurga di bukakan seluas-luasnya buat kedua org tua ku,dan di jauh serta di tutupkan serapat-rapatnya pintu neraka buat mereka.
Kedengaran ngauman kucing dari belakang ku,dan sudah tentulah,ia sedang bertemu dengan seterunya.Aku melihat gelagat kucing demikian,sekejap itu,ia pun menerkam seterunya.Begitulah kita,punyai pasangan masing-masing..baik dan buruk..masing-masing punyai tujuan ia di wujudkan.
Teringat tika kecil ku dahulu..masih di bangku sekolah..ketika ini aku baharu di tingkatan 1..iya..pada ketika itu tahun 1994.Ketika itu aku pulang dari sekolah,aku menanti bas atau van sewaan ku,agak luar biasa kerana ia lewat pada waktu itu.
Waktu sudah melepasi sholat maghrib,aku hanya mampu melihat di jalanan kenderaan yang lalu lalang..gelap..sunyi,dan sesekali kulit mulusku di nodai oleh unggas-unggas malam yang berterbangan.Aku mulai risau.Aku cuba mengalihkan rasa takut ku dengan mengingati peristiwa petang tadi semasa sesi rehat petang.Ketika ini,aku dan rakan-rakan ku hanya menggunakan botol coca-cola,sebagai ganti kepada bola yang sepatutnya berbentuk bulat.Ketika sepakan dari lawan membuatkan botol berkenaan sedikit tinggi,kelihatan dari jauh asal hitam berkepul di udara..tanpa mengendahkan ia,permainan kami di teruskan hinggalah loceng sekolah di bunyikan menandakan sesi rehat petang habis,dan itu juga menjadi penamat permainan kami..hahaha..agak lucu aku teringat sendirian.
Aku masih lagi tidak berganjak dari tempat duduk ku..kelihatan bara merah sedikit menyala dan sedikit kepulan asap..ya..aku merokok..sambil tempias dr air laut mengenai pipi ku.Aku duduk di rumah kedua orang tua ku,di satu kampung yang tentunya atas air.Dan ketika ini angin memang menderu kuat..kelihatan seperti tiada tanda-tanda hujan akan turun..kuasa yang maha esa...siapalah kita..
"Mat !!! Maaf mck lambat..tgu dekat situ..mck pusing kejap"..
Van sewaan ku tiba..
Kelihatan jelas di raut wajahnya seperti ada yang menggusarkan ia.
"Mat..banyak kan beristigfar ya.."
Itu antara kata-katanya yang aku masih ingat ketika ini.Kebiasaannya..van sewaan aku akan memasang lagu dgn nada yang kuat..kali ini agak sunyi..hanya kedengaran deruman engine yang sesekali bertukar gear.Ya,agak lain..adakah di sebabkan hanya kami betiga yang ada dalam bas berkenaan?? Agak pelik..hampir 8 bulan aku naik van dan pemandu yang sama..kebiasaan nya sedikit riuh keadaan masa balik dari sekolah,tetapi tidak pada waktu itu.
Memasuki simpang menuju ke destinasi tempat tinggal ku,kelihatan kenderaan bergerak perlahan..
"Mat,banyak kan bersabar ya".
Sapaan mak cik tu..
Aku tidak sedar..ada basahan di pipi ku..
Allahu akhbar...getus ku dalam hati..
Puing-puing kelihatan seperi bara di hujung atasnya..asal kelabu sedikit suram kelihatan kerana keadaan ketika itu sudah malam..
Aku turun dari van sewaan ku,aku mula mencari rumah yang menjadi tempat teduhan ku..aku melihat-lihat sekeliling..mencari sesiapa yang aku kenali..sedikit kucar kacir..
"Abg..jangan pergi mana-mana..tunggu dekat situ"..
Aku melihat bapa mu menjerit dari seberang jalan.Ya.."abg" adalah panggilan yang bapa ku beri..merujuk kerana aku adalah anak sulung.
Dengan tubuh yang sasa,aku melihat bapa ku mengangkat peti sejuk yang tingginya hampir sama dengan ku.Aku berfikir dan termenung sejenak..aku mimpikah ini..aku berharap..aku tersedar dan berada di sekolah..tetapi tidak..ia memang kenyataan.Kenyataan yang pasti membuatkan hidup aku berubah.Ketika ini aku hanya ada 6 orang beradik..yang mana..adik-adik ku kemudian tidak tahu kisah ini..sekarang kami ada 11 orang adik beradik..
Rentetan kejadian itu..aku menanamkan cita-cita untuk menjadi ahli bomba.Di sekolah,aku menyertai kadet bomba..dan aku agak cemerlang sehinggalah aku ke tingkatan 5.Kisah cemerlang ku dalam kadet bomba ini hingga ke peringkat negeri,dan bahagian yang aku ambil adalah pertandingan tali,tangga dan cari dan menyelamat..Aku mampu menguasai 11 jenis ikatan bomba dalam tempoh 2 minit sahaja.
Ahhh...badan rasa letih..tetapi mata belum mahu terlelap lagi..aku membakar sebatang rokok lagi..terus mengimbau semula kisah-kisah dahulu.
Aku tidak berjaya dalam misi manggapai cita-cita ku untuk menjadi ahli bomba..aku sudah cuba..dan pelbagai lagi jawatan yang aku isi atas kertas borang yang harus di isi untuk jawatan-jawatan dalam sektor kerajaan.Ya..pada ketika itu..untuk mengisi jawatan dalam kerajaan,guna borang.Tidak seperti zaman sekarang yang hanya di hujung jari sahaja.
Masa terus berlalu..
Kini aku melangkah ke alam pekerjaan.Alhamdulillah..aku perolehi pekerjaan dalam sektor kerajaan,di bawah kementerian dalam negeri.Ketika ini ketua menteri ku dato noh omar.Aku jalani kehidupan ku sebagai salah seorang pegawai penguatkuasa agensi anti dadah kebangsaan.Banyak yang aku pelajari dan perolehi dalam jawatan ku kini.Ada satu masa,aku pergi melawat ke sebuah hotel..menjalankan tugas ku..dan tempat yang aku tujui..adalah bahagian dapur hotel berkenaan.Bertaraf 4 bintang,yang terletak di johor bahru.Hati aku mula terusik untuk pelajari bidang kulinari.Sehinggalah aku membuat kepetusan untuk belajar sambil bekerja di salah sebuah kolej di kuala lumpur.
Jam menunjuk kan tepat jam 1.30 pagi..mataku masih tidak mahu melabuhkan tirainya..
Aku mula beralih arah bidang pekerjaan,Aku bertukar kementerian.Dari kementerian keselamatan dalam negeri kepada kementerian kesihatan malaysia pula.Alhamdulillah..aku di tugaskan di negeri kelahiran ku.Dan yang lagi menarik,di daerah tempat aku membesar.Aku jalani kehidupan ku yang sederhana seperti biasa,namun..hajat ku untuk miliki perniagaan sendiri dalam bidang kulinari masih tersemat di hati.Aku banyak mencurahkan tenaga dan sedikit kemahiran ku pada restoran-restoran yang ada 'class'..walaupun aku tidak meminta bayaran,kadang majikan sementara ku memberi imbuhan atas khidmatku.Ya..sudah tentulah aku lakukam di luar tugas hakiki ku,dan ia tidak menghalang,atas sebab pada tugas hakiki ku punyai 3 shift.Aku tahu..aku akan letih dengan melakukan banyak kerja,namun,niat aku ingin mengumpul dana yang mencukupi untuk niat aku punyai perniagaan sendri.
"************
"Wakil dari pihak lelaki,tampil kedepan untuk tafsirkan gambar di depan ini".
Sahut penceramah yang ada di hadapan.Ketika ini kami sedang berkhursus,yang mana saya susah tidak ingat module khursus berkenaan.Ia berlangsung selama 3 hari.Ternyata aku memang seorang yang mudah,mesra berkawan,dan aku lah yang paling menyerlah dan paling nakal dalam sesi berkenaan.Seorang yang lebih senior drpd aku berkata..
"Mat..kaulah wakil lelaki..kau bagus..paling bising.." (🤣🤣 aku tertawa sendirian)
*******
"Kau percaya?? Kau salah bidang ni..kau lebih kepada pergaulan orang ramai..kau lagi menyerlah kalau kau berhubungan dengan org ramai"
Itulah kata-kata seorang ustaz/penceramah ketika itu kerana berjaya menyelesaikan tugasan yang di beri..yang sekali lagi merubah arah perjalanan hidup ku..
Kini..hampir 9 tahun aku berkecimpung dalam bidang pelancongan.
Alhamdulillah..ada pasang..ada surutnya..
Ada untung..ada ruginya..adat dalam berniaga...
Aku masih dengan tugas hakiki ku di kementerian kesihatan..dan pada masa yang sama..aku melakukan pekerjaan kedua ku..aku tidak kaya..aku tidak mewah..cukup apa adanya aku..setidak-tidaknya..ada sesuatu yang aku boleh wariskan kepada generasi zuriatku..
SIAPA AKU.....
lebih d kenali dgn panggilan "che mat.."
😉
SIAPA KITA HARI INI..
ADALAH DIRI KITA YANG SEMALAM..
SIAPA KITA HARI ESOK..
LIHATLAH DIRI KITA SEKARANG...
mr.december
7-12
Ulasan
Catat Ulasan