Sebelum ini kita ada bercerita mengenai bohey dulang tidak boleh di daki dalam entri yang lepas lah..dalam siri kali ini..hampir lebih kurang ada kaitan dengan entri yang lepas..
Hai..assalamu'alaikum dan salam sejahtera kepada anda semua..harapnya kamu semua sihat-sihat lah ea..
Bercuti..kemana-mana destinasi pun yang mungkin menjadi pilihan anda..pasti ada beberapa faktor yang harus di ambil kira..iya...sudah tentulah yang kita perkirakan..adalah kos yang akan kita keluarkan kelak.
Perkara pertama yang kita akan buat..adalah buat carian dan perbandingan pakej-pakej yang di sediakan.Itu penting bagi menentu ukur nilai beban kewangan atau kadar kemampuan..atau..paling tidak pun..kos yang kita keluarkan itu berbaloi atau tidak..
Wujudnya siaran kali ini,tidaklah prejudis..namun,saya cuba memberikan beberapa cadangan atau "tips" orang kata...kan..hehehe..
Saya fokuskan untuk semporna.
Di semporna,ada pelbagai pengusaha pelancongan..smada yang berdaftar..atau tidak berdaftar..
Errr....
Sedikit pembetulan.
Sebenarnya..semua tu pun di daftarkan..cuma..kompeni besar atau kecil-kecilan..atau..lesen besar..atau lesen kecil-kecilan..hehe..sma la tu.Semua sama je pulau dekat semporna ni..tetapi..
Servis ia mungkin tidak sama!!!
Iyalah..mungkin yang tidak sma tu..korang kena layan endah tak endah atau mungkin layanan yang...emmmm...harap anda boleh faham maksud saya.
Saya tidak katakan yang khidmat saya berikan ini baik..tidak..saya lebih suka mengambil sikap berkecuali dalam siri coretan saya dalam blog ini..untuk kualiti khidmat..kamu yang kena nilaikan ia.
Pertama..
Nilai pakej.
Buat perbandingan harga dan juga khidmat yang di tawarkan..Yang ini,semua orang pun tahu kan.
Cuba minta iti atau jadual perjalanan dalam pakej itu.Biasanya..aktiviti tu semua hampir sama,namun,saya percaya ada bahagian-bahagian tertentu yang akan berbeza.Cuba hubungi penyedia yang lain.Dekat situ,mungkin (bkn mgkn pun) kita akan melihat ada perbezaan.Normalnya,jika kita meminta sebut harga atau senarai pakej yang disediakan,mereka akan memberikan rician senarai yang akan kita dapat sesuai pada harga pakej tu.Berbeza jika kita meminta itinerary Ya..kita akan lihat dekat situ..
Kedua..
Perancangan tarikh/masa
Ini penting dalam mempengaruhi pergerakan asal dalam pakej yang tersedia awal.Kenapa saya katakan ia mempegaruhi.
Baik..macam ni..
Bayangkan kita ambil pakej 2 hari 1 malam.. dan pada harga yang di tawarkan rm500 (misalnya)..dan pada jadual yang asal..kamu hanya dapat 3 aktiviti (contohnya)..namun,masa kedatangan kamu awal..waktu tengah hari contohnya..harus di ingat,memasuki pulau-pulau di semporna pada waktu pagi,lebih kurang jam 9.Boleh lewat,namun..ia akan menyebabkan ada pulau-pulau yang kamu tidak dapt pergi,sebab kekangan masa.
Jadi,biasanya,selagi ia tidak menjejaskan kos asal yang di keluarkan oleh pihak penyedia perkhidmatan ni,rasanya tiada masalah untuk menyelitkan altiviti yang lain tanpa melibatkan kos yang di tambah oleh pelancong.(mr.d) Ini penting untuk memberi kepuasan kpd pelancong,dan sekaligus memberi nilai perkhidmatan kpd yang penyedia tadi.
Ketiga
Masa penerbangan.
Hehe..
Ini yang biasa..dan selalu saya tekankan kepada pelancong-pelancong khasnya luar dari sabah.
Sedar..kadang-kadang kita kena berkira kira juga..terutama harga tiket kapal terbang ni.Tidak menentu harga ia.Namun,jika ia boleh di elak kan,cubalah buat penerbangan yang terakhir pada hari kita nak balik dah rumah kita balik tu..hehe..ini penting ya..jika anda mungkin seorang yang macam saya budget tak banyak sangat ni.Sebab nya..dengan kos yang kurang,tapi nak cekau semua aktiviti tu,boleh..bukan tidak boleh..tapi..kena buat last flight.Berbeza dengan masa kedatangan kita pada hari pertama tu,pasal..memang xkn dapat masuk ke pulau,kena tunggu esok jugak..
Ke empat..
Peruntukan yang kita ada.
Melancong ke semporna untuk apa??
Sudah tentulah pulau-pulau ia yang cantik tu kan??
Disini ada dua pilihan..
Pertama,bermalam dekat pulau atau resort yang sedia ada.
Kedua,bermalam dekat tanah besar,yang mana kita x kisah pun tidur mana-mana,yang penting pulau ia.
Ia mempengaruhi nilai pakej yang kita akan ambil atau kos yang kita kena bayar.
Bermalam di pulau..harus di ingatkan..ia akan kira per kepala (mgkn tmpt lain x kot)..x kiralah korang duduk dalam 1 bilik tu ada 4 org misalnya..xada!! Tetap kira by head.Itu satu hal,satu hal lagi..kena ambil kira jugak kos perjalanan nak masuk pergi pulau dari penginapan tadi..haaaaa..bayangkan..(mesti korang sedang fikir duit banyak keluar ni kan???)
Berbeza andai bermalam dekat semporna..atau tanah besar tu la..dia kira bilik je..sumbat la dalam tu 4 org..tetap kira harga bilik sahaja.
Tapi kannnnn...alang-alang kamu datang melancong..pergi je bermalam dekat mana-mana resort..atau ikut pakej yang tersedia tadi..hehehe..
Kelima
Cuaca..
Cuaca..sebenarnya ia tidaklah mempengaruhi sangat,jadi..skip sahaja yang ini..heheh..
Ke enam
Full pakage atau ala carte.
Ada dua.dari a hingga z korang akan di aturkan..tahu datang n tahu balik sahaja.
Beza dgn ala carte td..
Ala carte ni..biasanya yang day trip sahajalah..hanya perlu bayar nilai pakej day trip tu..penginapan..pengangkutan dan lain-lain tu korang kena atur sendiri.yang ni..murah ja..nak habiskan 3 hari masuk pulau tu lebih kurang rm300 sahaja (lebih kurang yaaaaaa...bukan jumlah tepat..takut ni..nnti korang cakap rate saya mahal🤣🤣🤣).
Ya..perlu 3 hari untuk habiskan 15 buah pulau yang popular di semporna ni..
"Sempat ke che mat??"
Sempatlaaaaaa.....dun worie okay???
Oh yea..
Lagi satu..klu duit tu bukan terlalu masalah besar pada kamu..buat private trip masuk ke pulau-pulau ni..
Apa beza ia??
Mudah..
Xda orang lain dalam perjalanan tu..
Sevis ia lain..opkos la lain..sebab tak fikir org lain dah..kamu-kamu sahja yang di fikirkan.
Itu...kalau jenis tidak berkira sangat pasal kos ni..
Baik..rasanya itu sahaja saya dapat kongsikan beberapa panduan jika ingin melancong ke semporna ni..jika ia bermanfaat,bantu saya hebahkan,jika ada kekurangan..tegur utk penambahbaikan.
TIADA APA YANG SEMPURNA DALAM DUNIA INI,SETIAP KHIDMAT YANG DI BERI PASTI ADA CACAT CELA,KOMITMEN,KEIHKLASAN ITU PENTING DALAM MENJANA SAHSIAH DAN KEPERCAYAAN YANG PERLU DI PUPUK,DAN BUKAN-NYA DI JUAL BELI.
Hingga bertemu di suati hari nanti..
Jika ada sebarang pertanyaan..jangan malu,jangan segan..hubungi saya...
Assalamu'alaikum..😉
Ulasan
Catat Ulasan