Sesungguhnya ALLAH TIDAK AKAN MENGUBAH APA YANG ADA PADA SESUATU KAUM SEHINGGA MEREKA MERUBAH APA YANG ADA PADA DIRI MEREKA SENDIRI... (Al - ra'd 13 : 11)
Assalamualaikum...
Dan
Salam sejahtera..
PENAFIAN :
TULISAN INI TIDAK MEWAKILI MANA-MANA PIHAK BERKEPENTINGAN,HANYA LEBIH KEPADA CORETAN SEBUAH FIKIRAN DAN PENDAPAT DARI KACA MATA,AKAL SI PENULIS SENDIRI.SEGALA CATATAN INI MOHON DI PERBETULKAN JIKA ADA KESILAPAN MAKLUMAT ATAU PERLANGGARAN MANA-MANA BAHAGIAN YANG MUNGKIN TELAH DI WARTAKAN OLEH PIHAK YANG BERTANGGUNGJAWAB.
Segala penggunaan media dalam catatan ini adalah milik penulis sendiri.
Dalam beberapa hari ini (sepanjang catatan ini),agak sensasi kisah 'larangan' untuk ustaz ebit lew (selepas ini sy guna singkatan UEL) dalam dakwah dan kempen beliau dalam membantu penduduk atau komuniti di kepulauan tatangan yang berada di daerah semporna. Seorang insan yang tidak mengenal penat lelah dan tidak mengambil kira darjat,bangsa atau asal usul sesiapa pun yang beliau rasa perlukan bantuan.Semoga rezeki beliau di murahkan.
Pulau Tatangan terletak dalam jajahan atau pengawasan/pengurusan TAMAN MARIN TUN SAKARAN (TSMP) semporna.Ia sama dengan kepulauan lain di bawah jabatan ini, antaranya :
- BOHEY DULANG
- MANTABUAN
- SIBUAN
- MAIGA
- BUDGAYA
manakala pulau SIPADAN pula di bawah majlis keselamatan negara (MKN) dn d uruskan oleh pihak Taman² Sabah.
Ya..Tatangan juga merupakan salah 1 tarikan pelancongan yang tersenarai dalam mana-mana pakej yang ada pengusaha-pengusaha pelancongan sediakan,sehinggalah !!!!,pihak Taman-taman sabah keluarkan surat pekeliling (saya tiada simpan surat ni) menyatakan pulau Tatangan tidak di benarkanbdi hampiri untuk tujuan pelancongan atau yang melibatkan publisiti/keuntungan mengenainya.Dengar seperti satu kerugian kan?....yelah... pelancong datang ke semporna ni, selain pulau dan perairan ia yang cantik,komuniti bajau laut atau pala'u
Ini juga meniti di bibir pelancong guys.Kenapa ia menjadi tarikan?? Well...anda boleh bayangkan kot..pada zaman serba moden ni ada lagi tamadun yang tinggal atas perahu sebagai rumah atau habitat mereka ini,Waima orang asli di sebelah semenanjung pun dah ada kemudahan asas seperti peti ais,tv, Radio,malah smartphone gais.Okay..saya selitkan orang asli,bukanlah ingin memberi gambaran yang tidak baik,tapi,tujuan saya hanya sebagai ingin anda gambarkan situasi zaman moden ketika ini.
Benar..
Di Semporna..memang masih ada komuniti ini guys..
Namun,pada penghujung tahun 2018,pelancong-pelancong dah tak dapat dah melihat dengan lebih dekat komuniti ini.
Saya masih ingat..pada awal 2018..pulau Tatangan ini viral sebab salah 1 kumpulan pelancong telah "di serang" oleh komuniti ini.Di serang..wow..macam ganas sangat ayat tu🤭..ini kerana, lazimnya,bot² pelancong datang merapat ke kawasan ni untuk melihat lebih dekat.Klu yang berkemampuan tu,adalah buah tangan yang akan di berikan kepada golongan-golongan ini.Yang jadi hal nya pulakkkkk...mereka akan datang berkerumun gais...hingga.. mungkin ada di kalangan penumpangan/pelancong itu merasa kurang selesa... takut...atau sesuatu perasaan yang kita boleh gambarkan begitu.DAN di sebabkan bebrapa peristiwa sedemikian,mengambil kira kepentingan dan keselamatan,maka...pulau TATANGAN ini d istihar tidak boleh di lawati lagiiiiiiiii...
Gitu la kisahnya...,...
Berbalik soal UEL.
Saya percaya,catatan di atas boleh membantu menggambarkan serba sedikit kenapa Uel 'di larang'...okaylah...agak kasar bahasa tu..
Kita guna 'dinasihatkan' agak tidak meneruskan niat ia di pulau berkenaan.
Bukan sebab UEL yang dia buat itu ada pihak yang dengki..iri hati..politik atau apa sahaja yang 'jabatan netizen' 'bawangkan'..
Nope..,.ia faktor keselamatan beliau sendiri.
Saya ingin menyentuh sedikit tentang agama komuniti ini.. sepanjang pengetahuan penulis...komuniti ini tiada pegangan agama..baik islam..kristian.. Budha atau seumpamanya.Namun,ada yang mengatakan mereka ini islam..ada juga yang mengatakan sebaliknya..Umum mengetahui..mereka² ini ada yang datang dari Filipina,dn kita tahu,filipina majoriti ia adalah beragama Kristian.
Saya teringat sekitar tahun 2017...satu pertubuhan bukan kerajaan telah datang ke kawasan ni,selain mereka menghulurkan bantuan keperluan asas, NGO ini juga membuat atau berdakwah untuk golongan-golongan ni,Mereka membina pondok² atau madrasah bagi tujuan membimbing kerohanian mereka.Atau..lagi mudah sya nyatakan..syiar islam..😁...
Ya...jika anda berkunjung ke pulau MABUL..anda akan lihat madrasah ini (salah satu yang ada). Sebenarnya,banyak lagi NGO-NGO yang pernah datang memberi sumbangan selain dakwah islamiah di sebarkan di sini.Antaranya....
Pulau omadal
Pulau siamil
Pulau dannauan
Dan beberapa lagi pulau yang ada di sekitar nya..
Berbalik kepada pulau TATANGAN tadi..
Seperti yang saya tuliskan di atas, pulau ini berada di bawah selian taman-taman sabah,bermakna,ia telah di istiharkan sebagai lokasi/tempat pemeliharaan..pemuliharan atau seumpamanya oleh pihak atau jabatan yang bertanggungjawab.Jadi..dr sini,kita boleh andaikan,ia sebuah rumah yang 'bertuan'..
Bila kita mahu masuk rumah seseorang,kita kenalah bagi salam..bagi tahu tujuan kita..baharulah tuan rumah tu benarkan kita masuk jika kena dengan caranya lah kan.
Tidak salah apa tindakan UEL tu,cuma..mungkin pihak urusetia UEL terlepas pandang atau kurang menerima maklumat berkaitan berkenaan.Saya percaya,niat asal UEL dn pasukan adalah ingin memberi bantuan keperluan asas kepada penduduk yang terlibat.Ini kali kedua UEL datang melawat dan memberi bantuan untuk penduduk di kawasan Semporna..Tidak semua !! Tapi...setakat yang UEL mampu,beliau usahakan sebaik mungkin.
Ada dua point dekat sini yang mungkin boleh kita gambarkan..kenapa UEL dn pasukan beliau di tegah dr meneruskan pembinaan madrasah berkenaan.
Pertama..
Soal keselamatan beliau dn pasukan..
Namun..pada hemat penulis..soal keselamatan tidaklah menjadi terlalu isu yang besar.Kerana,kita sudah ada pihak keselamatan yang memantau perairan kita,malah..jika kita lihat dari video dan gambar yang tular,pihak keselamatan ada mengiringi pasukan UEL.
Kedua..
Pulau ini terletak dlm seliaan taman-taman sabah..atau majlis daerah Semporna.
Ini bermakna.pulau ini di lindungi atau..macam mana ya mau cakap😁..saya pun bukan arif sangat . cuma berdasarkan pandangan peribadi saya.
Okay..macam ni..saya rasa,UEL kena mohon atau perlu ikut prosedur bagi pembinaan madrasah tu.
Yaaaaa.. betul....prosedur²....sampai bila?? Bantuan suda ada depan mata..
Bukan macam tu .siapa yang tidak mahu d bantu kan..
Macam penulis katakan tadi..pulau tu di bawah seliaan TAMAN-TAMAN SABAH... ibaratnya tuan rumah lah...kan...tambahan..sebahagian tanah tu (pulau) mempunyai geran/pemilik..kena la minta izin dahulu...contohnyalahhhh...
Apa pun..saya secara peribadi ada berhubung melalui telefon (UEL) untuk ucapkan terima kasih kepada beliau atas bantuan yang di berikan..harap..peristiwa ini tidak mematahkan semangat beliau untuk terus berdakwah dan membantu golongan yang memerlukan.
Segala yang baik adalah dr ALLAH semata mata..
Jika ada kesilapan maklumat..ejaan..atau apa sahaja sepanjang saya menulis ini, terutama kot² ada bahasa saya yang menyinggung sesiapa...saya mohon maaf..niat saya hanya ingin berkongsi pandangan peribadi saya sahaja..
Perjalanan manusia..satu sahaja..akhirat..
Dalam perjalanan itu punyai liku-liku ia..
Tiada cara mudah untuk menjadi senang..
Dan tidak susah untuk menjadi susah..
Saya..seorang yang tidak tinggi ilmu agama..hanya sesorang yang ingin menjadi lebih baik dr hari yang semalam..
🤗
7-12
Ulasan
Catat Ulasan