PAKEJ BOHEY DULANG 3HARI DAN 2 MALAM (TENTATIF)

  Tahun 2021 hampir melabuhkan tirainya (artikel ini di tulis pada 11/11/2021),dan sudah pastinya meninggalkan banyak catatan sejarah terutamanya PANDEMIK yang  di sebabkan oleh CORONA VIRUS-19 yang berasal dari tanah besar negara china pada penghujung tahun 2019.PANDEMIK ini seperti yang umum sedia tahu,ia telah menjejaskan atau lagi mudah saya nyatakan melumpuhkan satu dunia di mana banyak sekatan-sekatan telah di buat bagi mengekang penularan virus berkenaan.Negara kita malaysia juga tidak terkecuali dari krisis global ini.Di katakan menjadi penularan meluas di malaysia adalah kluster tabligh yang bermula dari sebelah semenanjung.Namun saya tidaklah bermaksud mereka-mereka ini yang menjadi penyebab utama,tidak,ia memang sudah sedia ada,cuma kita tidak nampak,dengan kewujudan kluster-kluster yang lain juga menjadi penyumbang penularan wabak berkenaan.Maka,berbagailah cara yang di lakukan oleh pihak kerajaan untuk membendung ia termasuk lah sekatan rentas negeri,daerah,kampung-kampung semua tu lah.Hanya sektor-sektor perkhidmatan yang penting sahaja di benarkan beroperasi.

SEGALA TULISAN DAN  MAKLUMATA DALAM SIARAN INI HANYA LAH PENDAPAT PERIBADI PENULIS SAJA,DAN TIDAK MEWAKILI MANA-MANA PIHAK YANG BERKEPENTINGAN.JIKA ADA DI ANTARA SIARAN  ARTIKEL INI SAMADA TULISAN ATAU MEDIA YANG  BERSANGKUT PAUT DENGAN YANG HIDUP ATAU YANG MATI,PENULIS MEMOHON MAAF DAN IA TIDAK DI SENGAJAKAN.SIARAN INI HANYA LAH MEMBERI PANDUAN YANG MANA BOLEH DI GUNA PAKAI WALAU TANPA KEBENARAN PENULIS UNTUK PEMBACA-PEMBACA DI LUAR SANA..

Hai,assalamu'alaikum dan salam sejahtera kepada anda di luar sana.

Alhamdulillah,setelah negara kita melalui beberapa siri sekatan rentas negeri dan daerah,pihak kerjaan kita telah pun membuka banyaksekatan-sekatan yang sebelaum ini telah di buat bg mengekang penularan virus covid 19 ni,dannnnnn...yes...sektor pelancongan sudah tentulah,salah satu sektor penyumbang kepada pendapatan negara,dan semestinya lah memberi dan membuka semula peluang pekerjaan dalam bidang ni.


Dalam merancang percutian ke daerah semporna,khasnya untuk kepulau-pulau ia,ada beberapa perkara yang harus di ambil kira oleh para pelancong,terutama bagi ingin bermalam di mana-mana resort dekat kepulaun di daerah semporna ni.Dan sudah tentuilah yang datang dari jauh luar dari sdaerah semporna.Baik,dekat sini ada beberapa pilihan lah bergantung pada kos atau budget yang akan korang keluarkan.Sudah tentulah jika ingin kan budget yang murah atau kurang ni kenalah bermalam dekat tanah besar semporna tu.Tapi kan...dah alang-alang bercuti tu,why not la kan sesekali keluarkan kos lebih sikit.Kenapa penulis kata tinggal atrau bermalam dekat atanah besar lagi murah??

Pertama,bermalam dekat semporna kos penginapan atau bilik ni di kira per bilik,let say satau malam utk satu bilik tu rm80,haaa...dekat sini korang boleh muatkan 2 atau 3 orang sekali gus dalam satu bilik tu,berbeza dengan penginapan atas air atau resort ni.Dia kira per kepala atau orang kata,per pax! Hehe,korang dah boleh bayangkan kan macam mana kos yang akan korang keluarkan?? hehehe.Dan lagi,melalukan perjalanan dari mana-mana resort ni pun akan mempegaruhi kos yanag akan korang tanggung lagi.Sebab apa,lokasi resort-resort ni agak jauh dari tanah besar.Jika di loihat dari mata kasar,resort-resort ni pun dekat je pun dengan pulau-pulau yang akan di lawati.Haaaaa.....jagan silap,memang benar ia nmpk dekat.Krang bayangkan,korang dari menara kuala lumpur nak pergi menara berkembar petronas.nampak dekat and rasa mcam boleh je jalan kaki,tetapi sebenarnya tidak,jauh..korang kena ikut jalan raya tu atau mungkin ada jalan "tikus" yg korang tahu..haaa...ikut lah...tapi,tetap juga memusingkan.Macam tu jugak la keadaan dekat sini.Ada laluan ia.Bukan lah bermaksud laluan bot tu telah di tetapkan oleh pihak jabatan laut..tidakkkk....tetapi sebab kita nak elak kan batu karang,pasang surut air laut.Satu,betul lah,kita nak jaga batu karang tu,dan lagi,keselamatan penumpang dan keselamatan harta benda tu lah,contoh yang nyata,melindungi bot tu dari menagalami kerosakan.

Selain faktor-faktor tu,kena ambil kira juga planning asal korang macam mana.Maksud ia,Pulau mana korang yang nak pergi.Pulau-pulau yang ada disemporna ni ada banyak,dan lazimnya ia di bahagaikan kepada 3 ketumpukan yang mana dalam erti kata lain perlu 3 hari untuk habiskan pulau yang antara paling popular hasil carian lah.Antaranya ;

BOHEY DULANG

MANTABUAN

SIBUAN

MATAKING BESAR

MATAKING KECIL

TIMBA-TIMBA

POM-POM

MABUL

KAPALAI

TABALANOS

MAIGA

Haaaa..itu antaranya lah.Jadi,korang kena buat perancangan.Soalan lazim,pekaj apa yang ada di sediakan.Banyakkkkkkkkk...biasanya yang popular adalah day trip atau pun 3 hari dan 2 malam.Ya,dua ni mendapat permintaan yang tinggi untuk pakej-pakej di semporna.


PULAU MAIGA


Baik,hari pertama korang sampai,Pastikan jika korang datang ambuik pakej 3 hari 2 malam atau yang 4 hari 3 malam,flight korang sangat-sangat di sarankan waktu ketibaan pagi.Ini bertujuan agar korang tidak terlepas dari apa yang telah di rancangkan atau yang dah termasuk dalam harga pakej korang tu.


Oklah,abaikan yang tu,kalau ada apa-apa pertanyaan boleh lah hubungi pihak penulis sendiri di sini

TENTATIF IA LEBIH KURANG MACAM NI..

1000 - ETA TAWAU AIRPORT
         - TRANSFER TO SEMPORNA

1200 - ETA TO SEMPORNA..
1300 - TRANSFER TO RESORT/WATER VILLAGE
1400 - CHECK IN RESORT
         - FREE AND EASY
         - ACTIVITY UNDER RESORT

DAY 2.
FROM RESORT
1000 - PICK UP FROM RESORT TO ISLAND HOPPING
         - BOHEY DULANG for hiking 
         - MANTABUAN for snorkeling and lunch 
         - SIBUAN for snorkeling
1600 - TRANSFER TO RESORT
         - aktivity under resort
         - FREE AN EASY

DAY 3.
FROM RESORT
PREPARE CHECK OUT/CHECK OUT
1000 - PICK UP FROM RESORT TO ISLAND HOPPING
         - TIMBA-TIMBA for snorkeling or diving
         - MATAKING BESAR for snorkeling and lunch time
         - MATAKING KECIL for snorkeling or diving

1500 - TRANSFER TO MAINLAND/SEMPORNA
1600 - ETA SEMPORNA
1630 - TRANSFER TO TAWAU AIRPORT

DISMISS



!MABUL WATER BUNGALOW


Sebenarnya banyak atau ada lagi beberapa palnning yang lain,yang sesuai dengan pakej 3 hari dan dua malam tu,tetapi tujuan penulisan ini hany amemberi panduan atau gambaran awal akan kejadian hari yang korang rancangkan tu.Apa pun korang boleh tanya langsung dengan penulis Disni! untuk pertanyaa pasal pakej 3 hari dan 2 malam ni.


Sampai kita bersua lagi dalam siaran yang akan datang..segala kesilapan  sepanjang penulisan ini harap di maafkan dan tegur lah untuk penambah baikan di masa-masa akan datang.


KENALILAH DIRI ANDA DAHULU SEBELUM ANDA MENGENALI DIRI ORANG LAIN.


assalamu'alaikum....

Ulasan