kadang-kadang kita perlu selangkah kebelakang untuk menjadi atau mencari momentum, untuk kita bergerak jauh kehadapan.Bukan lah bermaksud agar kita jauh ketinggalan kebelakang,sebaliknya,melepaskan sesuatu itu adalah lebih baik dari terus berpaut menahan kesakitan atau terus kekal di zon selesa.Harus di ingat,hidup tidak lah mudah dan berputar ibarat roda.ada masa kita akan berada di atas dan ada ketika kita akan berada di bawah.
PENULIS MENGAMBIL SIKAP BERKECUALI DALAM SIARAN ATAU PENULISAN KALI INI.TUJUAN HANYA LAH MEMBERI PANDUAN DAN SEDIKIT SEBANYAK ILMU YANG MUNGKIN BERMANFAAT KEPADA ORANG-ORANG DI LUAR SANA.JIKA SIARAN INI MENYINGGUNG MANA-MANA PIHAK,PERLU DI INGATKAN PENULIS TIADA APA-APA KEPENTINGAN DALAM MANA-MANA INDIVIDU PERSENDIRIAN ATAU PENGUSAHA-PENGUSAHA DI LUAR SANA.SEGALA PENGISIAN HANYA LAH BERPANDUKAN PENGALAMAN DAN RESPON BALAS DARIPADA ORANG RAMAI,JIKA DA SEBARANG PERTANYAAN BOLEH LAH BERHUBUNG TERUS DENGAN PENULIS DI NOMBOR YANG TERTERA DALAM SIARAN INI.
Assalamu'alaikum dan salam sejahtera.Kita membahas atau bercerita atau apa sahaja lah yang korang fikir tu ok je,jangan terlalu santai dalam pembacaan ni,buat rilek dah lah.Baca terlalu serius pun tak best juga,nanti jd boring,kita atau penulis bukan nak buat novel; atau cerpen pun.Daerah semporna sebenarnya tidak perlu untuk di bahas dengan panjang lebar lagi sebenanrnya,semua orang dah tau kot.Dari makan tradisional ia,keindahan pulau-pulau ia,perairan ia..kan.Tetapi,haaaa....sesuailah dengan tajuk dalam siaran kali ini,kenapa lato-lato lagi menarik berbanding nusakuya.Dari segi lokasi atau pemandangan ia.
Siaran sebelum ini,saya ada senaraikan anatar tempat penginapan yang menjadi top 5 menjadi pilihan kepada pelancong-pelancong terutama bagi pelancong dalam kalangan warga malaysia sendiri lah.masing-masing punyai kelebihan dan kekurangan ia.Yela,mana ada yang terlalu sempurna,waima resort-resort yang punyai nama besar pun mesti ada kekurangan ia.Yang tu abaikan,mungkin di masa akan datang kita akan cerita pasal itu lah.
LATO-LATO MUN RESORT.
Pembinaan ia di awal tahun 2000an,bermula dari hanya 3 unit sehinggalah beberapa unit (banyak dah) pada ketika,sering kali mendapat perhatian dari segi kekurangan dan kelebihan ia.Resort ni terletak sebaris dengan resort yang lain,antaranya maglami-lami,Nusakuya,Egang-egang,bihing angan dan ada beberapa lagi yang berhampiran dekat situ.Terletak di kepulauan Bum-Bum,yang mana pulau ni adalah yang terbesar di daerah semporna,dan semestinya pembinaan ia terletak di perairan atau atas baru karang atau lagi tepatnya tepi-tepi pulau tulah senang cakap..heheheh.
Apa yang menarik,tempat ni menghadap ke arah pulau Bohey dulang,yaaaaa....Bohey Dulang.Maka akan terserlahlah pulau berkenaan yang mana jika di amati anda akan dapat perhatikan seperti seorang lelaki tua yang tengah berbaring.Jika anda menginap di sini,tatkala senja tiba,camar berterbangan,angin sepoi bertiup menyapa pipi seraya membisik ke benak anda..INDAHNYA CIPTAAN ILAHI....ini lah tempatnya.Mentari merah di ufuk barat,membangkitkan suasana romantik anda pada ketika itu.sang hawa melentok kan kepala ke bahu sang adam,sambik berbisik lembut,I LOVE YOU..hahahaha...adoi lah.mengarut dah ni.
ituuuuuu...yang anda boleh gambarkan pasal view ia.tetapi....ia ada kelemahan.Tidak di sangkal lato-lato win dari segi suasana ia,jika di ambil kira keseluruhan ia,khidmat pelanggan lato-lato agak lemah.Bukan lah sekali,malah berkali-kali mendapat respon balas yang kurang baik.tak kiralah dari segi layana pekerja dia ke,makanan dia yang selalu tidak cukup ke,fasiliti bilik ia ke,mesti ada yang complaint.Walau ada banyak complaint,ia tetap mendapat permintaan.Pada saya,tempat tidur je pun,apa yang kita nak suasana ia,pemandangan ia.Itu yang kita nak sebenarnya.
NUSAKUYA RESORT
Penulis tidak pasti dengan tepat bila ia didirikan,sepanjnag pengetahuan saya,resort ni kategori baharu jugak lah.Namun ia pernah mendapat liputan dari salah satu stesen tv negara kita.Majalah 3 lagi tepatnya.Fasiliti di sini,tidak keterlaluan kalau penulis kata ia adalah yang terbaik.malas nak panjang-panjang,setakat ni,dia adalah y6ang terbaik untuk kos yang bajet-bajet ni lah.Makan dia fuhhh...jangan cakap lah,bebaloi dengan harga yang korang bayar untuk bermalam dekat sini.Tersusun,mengikut jadual,malah tidak perlu pun untuk berebut (contoh lah),setiap meja punyai nombor bilik,dan sudah tentu lah hidangan ia mengikut jumpah orang yangh ada dalam bilik tu.Hampir sempurna resort ni.Tetapi....pemandangan ia...
Nusakuya terlatak di bahhgian belakang lato-lato,tidak lah betul-betul belakang ia,namun oia aghak terperosok sedikit kebahagian dalam.Mungkin sebab ia mengambil tempat pulau kecil yang ada di situ yanag mana ia jadikan sebagai bahagian tempat makan dan spot-spot untuk ambil gambar,terutama pelantar atau anjung senja klu tidak silap saya di namakan bahagian tu.Ruang penginapan ia memang pisahkan dengan bahagian makan ni.Dan seti[pa bilik punyai pelantar mandi manda dan ruang santai pada setiap bilik tu.Haaaaaa...yang tu dia win.Pendapat peribadi saya sendiri pun,ia masih tidak dapat mengalahkan suasana atau pemandangan yang ada di lato-lato sana.
Apa pun,selalau lah minta pendapata atau bertanya kepada ejen-ejen anda di luar sana.kadanag ada yang bg tau siap-siap akan keburukan dan kelebihan tempat-tempat yang korang nak pergi tu,kadang ada juga yang senyap,tak bagi tau apa pun,maka kita sendiri lah yang mencari tahu.Penulis hanya mungkin ingin memberi panduan sedikit sebanyak kepada anda semua,kerana,penulis pun seperti yang lain,berusaha mencari rezeki selagi mana ia tidak bertentangan dengan nilai yang sepatutnya saya keluarkan,dan yang pastinya ia memberi pulangan juga kepada diri saya dan keluarga saya.Tidak banyak,tetapi ada.Jangan malu,jangan segan,malah anda tidak perlu teragak-agak untuk bertanya kepada sesiapa pun.Kita tak tahu maka bertanya.Insha'allah,saya cuba membantu.Anda boleh la belek-belek page saya yang tidak seberapanya ini.Tidak mewah..tidak juga kaya.malah saya tidak juga rugi.apa yang saya tahu dan sedar,dengan wujudnya siaran seperti ini,ia membantu orang lain,yang sudah tentunya ia adalah sol;an yanfg sellau di ajukan.Dan ia merupakan satu ibadah kepada saya,yang pastinya dapatlah pahala..heheeh..bantu lah saya untuk kejar akhirat saya dengan memberi hebahan setiap siaran saya jika ia memberi manafaat kepada anda semua.hingga bertemu lagi dalam siaran yang akan datang.Salam ukhuwah dari saya....
Cinta dan kasih sayang bukanlah sesuatu yang boleh di beli,ia hadir tanpa paksaan,kerana itu adalah sifat manusiawi yg ada pada kita.Kepercayaan bukanlah boleh datang sekelip mata,ia perlu di pupuk..mengenali..di jiwai..
Maka..hargailah pasangan anda..
Ulasan
Catat Ulasan