4 HARI DAN 3 MALAM PAKEJ BOHEY DULANG

 JIKA LUPA MATI,
HIDUP KITA AKAN  MATI.

Ku cuba lelahkan tubuh,agar bisa aku rehatkan.Ku hamparkan tilam agar bisa ku sandarkan tubuh yang kusam,ku cuba lelapkan mata agar aku bisa mimpikan yang indah-indah belaka.Terlintas di benak,apakah aku sudah sempurna? Semestinya jawqapan kepada persoalan itu dapat di jawab oleh sejagat,yang pasti,tiada seorang pun di dunia ini yang sempurna hidupnya.Dalam mengejar duniawi,akhirat juga perlu di seimbangkan.Setiap keinginan kita haruslah di sertai usaha yang pastinya,dan Doa serta tawakkal kepadanya.Dia juga lah yang menentukan segala atas apa juga usaha yang kita lakukan baik dan buruk nya.

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera sekalian alam.
Hehe,tajuk tu berani mati orang cakap,dengan tajuk sedemikian mam[pu menarik perhatian pembaca,mesti tertanya apa yang mengecewakan tu?? Sebab apa...haaaa..kena lah baca sampai habis..heheh

Tidak keterlaluan kalau penulis katakan agak jarang pelancong melakukan pergerakan atau aktiviti atau selitkan pakej sekali masuk ke daerah tawau.Dan semestinya siaran ini bukan lah menjurus kepada destiasi membeli belah sebagai buah tangan untuk di bawa kepada keluarga atau sahabat handai pabila kita selesai bercuti didaerah semporna ni.Haaaaaa....apa yang yg menarik selain pasar besar yang ada di daerah Tawau.Kena baca sampai habis.



Rancangan mereka hanyalah untuk buat day trip sahaja di kepulaun yang terpilih dekat daerah semporna,namun mereka dan penerbangan yang pada perkiraan penulis masa mereka aghak lengang.Yela,bila penulis lihat masa dekat situ kelihatan lompong,penulis mulalah bagi beberapa cadangan yang sudah tentunya akan melibatkan kos mereka keluarkan berbanding kos asal yang mereka keluarkan,tetapi,penulis sehabis usaha agar tidak terlalu meningkatkan kos.Pendek kata kos sebenar sahajalah mereka keluarkan,dan mereka bersetuju.

sepanjang ingatan penulis,daerah Tawau adlah daerah yang ketiga terbesar di negeri Sabah selepas kota kinabalu dan Sandakan.Apa yang menarik di Daerah sandakan ni? yang ni kita kan siar dimasa akan datang.Kota kinabalu tidak perlu panjang lebar lah kan.daerah Tawau adalah daerah atau Bumi peladang jolokan ia,sebab apa,entah..hahaha.Berbeza dengan semporna,tawau lebih kepada aktiviti perhutanan atau lebih kurang tarikan ia adalah alam semula jadi kehijauan ia.Menyentuh alam semula jadi ia,maliau Basin adalah salah satu tariklan bagi para pelajar atau pengkaji hidupan flora dan fauna ia.Ia telah di akui adalah salah satu destinasi perhutanan yang masih DARA lagi.Jka di negara barat kita ada hutan amazon,di malaysia kita ada hutan MALIAU BASIN selain hutan LEMBAH DANUM di daerah lahad datu
Selain lembangan maliau basin,Taman INDAH SEJADI atau bukit gemok panggilan ia di kalangan orang tempatan,Tawau punyai saatu lagi tempat rekreasi di bawah kelolaan TAMAN-TAMAN SABAH,iaitu TAMAN BUKIT TAWAU.Apa yang ada di taman bukit tawau ni yang mana ia juga di panggil TABLE di kalangan orang-orang tempatan ni?

Baik,usai sahaja ambil mereka ini dekat lapangan terbang tawau,dengan persetujuan bersama kami pun bergerak lah ke table ni.Dari lapangan terbang ni mengambil masa selama 1 jam lebih kurang untuk sampai ke Table ni.Jauh kan?? hehehe,tapi tak terasa mana pun,kita melalui kawasan bandar,secara tidak langsungnya mereka ni tidak lah bosan sangat sepanjang perjalanan menuju ke destinasi ni.
 



Selesai sahaja pendaftaran dekat kaunter Taman-taman sabah,kami terus memulakan langkah untuk menuju ke air terjun ia.Jarak ia dari pintu masuk sejauh 3.2 km....haaaa...jauh kan..?? Sepanjang perjalanan ni mata akan di jamu dengan kehijauna tumbuhan dan juga tidak terkecuali pacat la...yessss...pacat,jaga-jaga bagi yang geli dengan pacat ni.


Sepanjang melalui denai ni,kami bersilih ganti menggalas bag yang di bawa,yela kan..hahha,baru sampai kot dr k.l,,tetiba terus bawa mereka g jalan lasak.Cuaca sepanjang melalui denai ni agak baik,tidak panas dan tidak juga hujan.Yang sebenarnya masa kami memula sampai tu hujan gerimis sahaja,mujur masih ada kebenaran untuk berjalan masuk ke air terjun ia.


Pendekkan cerita,saya sebangai pembawa memainkan peranan dalam mempengaruhi emosi mereka,ini kerana keloihatan jelas raut wajah mereka keletihan,dan saya takut mereka patah semangat.Tidak lama selepas itu,terdengar sayup di kejauhan bunyi air terjun yang memberikan sediit kelegaan keopada mereka dan kepada saya juga lah sebenarnya,hehehe.Tanpa berlengah barang yang kami bawa kami letak  kan di satu tempat.Apa lagi...perkara pertama yang di lakukan adalah Selfie,ambil gambar banyak-banyak.hahahaha.Selepasaitu aharui lah kami semua mandi manda di kawasan tu.





+


Okay,habis sahaja mandi manda ni,kami pun bergerak lah keluar dan seterusnya melakukan pergerakan ke daerah semporna pula.


Perjalanan hidup,sesuatu yang kita tidak dapat pastikan dengan tepat apa yang yang terjadi,kita hanya mampu merancang,namun yang maha esa juga lah yang menetukan ia.Memulakan sesuatu yang baru itu sememangnya agak payah berbanidng apa yang dah sedia ada.Kadang kita merasa selesa apa yang kita ada sekarang,namun sebagai manusia,saya percaya kita tidak pernah puas.Kita kan terus dan berusaha mencari dan terus mencari.



Kami pun tiba di daearah Semporna selepasa dari air terjun tadi.Tanpa membuang masa saya dan driver pun menghantar mereka ke salah satu hotel yang ada di semporna.
masa pun berlalu,siang berganti malam dan malam berganti siang.Hari yang di nantikan pun tiba.Seperti temujani awal,tepat jam 8.30 kami berjumpa dan berkumpul di jetty umum daerah semporna.Usai sahaja pemeriksaan keselamatan,bot berserta kami semua melalukan perjalanan ke pulau Mabul.Cuaca menyebelahi kami dan arus laut pun terasa berpihak kepada kami.Ini menjadikan perjalanan kami begitu laju.


Agak ralat sedikit saya xda simpan gambar-gambar mereka masa dekat mabul ni,Ni sebabnya pada masa ni saya membawa salah seorang dari mereka ini untuk melakukan selaman tanpa lesen.Kita panggil DSD (discover scuba diving),jadi memang tak banyak lah..hehehe.


Yang ni,gambar sebelum kita bawa turun kita akan bg penerangan peralatan-peralatan yang perlu du bawa menyelam dan beberapa asa keselamatan masa di bawah air nanti.Untuk selaman,di siaran akan datang kita akan bercerita mengenai selaman ni.Buat masa ni kita fokuskan cerita mengenai ini lah.kan..kan..kan.

Habis sahaja dekat mabul kita pergi ke pulau kapalai untuik snorkeling dan selaman kedua dia.Habis sesi pulau mabul ni,kita pun bergerak lah ke penginapan mereka di pulau bum-bum,lagi tepatnya kita letak akn mereka di BIHING ANGAN RESORT.


ADA CERITA YANG TIDAK BEST SEBENARNYA SEBELUM MEREKA DI TEMPATKAN DI SINI.ASALNYA MEREKA DI TEMPATKAN DI LATO-LATO MUN,YANG MANA TEMPAHAN TELAH DI BUAT 2 BULAN LEBIH AWAL.SEBELUM ITU SAYA JUGA ADA MEMBERUITAHU KEOPADA MEREKA AKAN SERVIS LATO-LATO NI OUT.TOTALLY OUT!! MEMANG OUT!!
DAN MEREKA TETAP BERSETUJU DAN TAWAKKAL DENGAN PILIHAN MEREKA.
DAN TERNYATA IA TERJADI KEPADA MEREKA.SEJUJURNYA,LATO-LATO MUN PEMANDANGAN IA MEMANG CANTIK,TAPI TERLALU BANYAK ADUAN MENGENAI TEMPAT NI.SELAIN DARI MEREKA BERTIGA NI,PADA HARI YANG SAMA SEPATUTNYA MEREKA MASUK,ADA BEBERAPA KUMPULAN LAGI YANG MENGALAMI NASIB YANG SAMA.KALAU TIDAK SALAH SAYA ADA 17 ORANG SEMUANYA,DAN KESEMUA NI LAST MINIT DAH SAMPAI SITU DI KATAKAN TIADA KOSONG.. 'waterpak!!!!"
 Benda dah jadi,apa boleh buat,mujur bihing angan ni lah yang jadi penyelamat.

Untuk mengubati hati mereka,pagi esoknya saya kita bawa lagi jelajah ke pulau.kali ini ke pulau Bohey dulang.malangnya,mereka tidak dapat naik kepuncak bukit pulau ni,di sebabkan hari semalam hujan lebat,dan lazimnya pihak keselamatan pulau berkenaan memang tidak akan benarkan pendakian.Demi keselamatannnn...jadi..apa yang mampu buat hanya lah selfie dekat bawah tu sahaja.





habis sahaja dari bohey dulang ni,perjalanan di teruskan ke pulau mantabuan.Disini kita akan berehat untuk makan tengah hari dan kalau yang mahu mandi manda di persilakan,kalau tak mahu,kita teruskan perjalanan ke pulau seterusnya.



Selepas dari sini perjalanan di teruskan ke pulau Sibuan.Pulau ni merupakan Destinasi terkahir dalam percutian mereka kali ini.






Habislah sesi pulauuuuu...

Sebenarnya banyak lagi pulau-pulau yang boleh di lawati di daerah semporna ni,cuma orang tidak tahu,Insha'Allah,jika di beri peluang kelak saya kan siarkan mengenai pulaui-pulau yang tidak di dendangkan.mungkin juika sempadan antarabangsa dah di buka semula,dan pelancong luar negara dah boleh melancong,tempat-tempat ni kita boleh jelajah.


Apapun,sepanjang penulisan dan siaran ini ,adalah dari pengetahuan penulis sendiri selain menerima beberapa maklumat dan respon balasa dari pelancong-pelancong yang saya bawa ke daearah semporna ni.Hanya sebagai panduan kepada pembaca di luar sana.Jika maklumat di dalam ini kurang tepat,silalah buat carian sendiri untuk menambahkan maklumat yang sedia ada.Tiada unsur untuk menjatuhkan sesiap dalam siaran kali ini.Jika ada yang terasa,sila berhubung dengan saya dan semoga yang terasa itu insaf.Ini keran masalah ini berulang,selalu,saban tahun,saban bulan ada sahaja aduan yang di terima.Jika kerana siaran ini anda membenci saya,silakan,saya tiada masalah jika kebencian anda kepada saya memberi manafaat kepada orang di luar sana.
JIKA SIARAN KALI INI MEMBANTU ANDA,BANTU SAYA UNTUK HEBAHAN DAN JANGAN MALU,JANGAN SEGAN UNTUK BERHUBUNG DENGAN SAYA DI SINI!

Sampai bertemu lagi di siaran akan datang..
Assalamu'alaikum..





DATANGNYA TANPA DI UNDANG,PERGINYA TANPA KERELAAN,
SETIAP YANG HIDUP PASTI AKAN MATI,
SETIAP PERBUATAN PASTI AKAN MENDAPAT BALASAN.BAIK ATAU BURUK,KITA SENDIRI YANG MENCORAK KAN.

sampai bertemu lagi dalam siaran akan datang,,

Ulasan